Thursday, 10 May 2012

Kurangkan Penggunaan Beg Plastik



Plastik merupakan bahan yang diperbuat dari sumber yang amat berharga iaitu petroleum. Ini bermakna, lebih banyak plastik yang kita gunakan, berkuranglah bekalan petroleum kita pada masa hadapan. Beg plastik juga amat sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia akan membebaskan karsinogen, iaitu satu bahan penyebab kanser yang amat berbahaya kepada manusia. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Haiwan pula boleh mati apabila termakan beg plastik.

Kajian menunjukkan bahawa sebuah beg plastik yang kita buang boleh berada di tapak pelupusan selama beribu-ribu tahun sebelum hancur. Beg plastik merupakan bahan pepejal yang sukar diurai di dalam tanah. Lantaran itu, ia boleh menyebabkan tanah berasid dan tidak sesuai untuk pertanian selain menimbulkan beberapa masalah yang lain.

Yang lebih membimbangkan lagi, plastik boleh mengeluarkan kompaun toksik dan berbahaya apabila ia reput. Jika ini berlaku ianya boleh menyebabkan pencemaran tanah, sungai dan sumber air bawah tanah. Keadaan ini akan menjejaskan kualiti alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan makhluk hidup yang lain.

banyak negara telah menghentikan secara undang-undang penggunaan beg plastik di kedai dan pasar raya. Banyak negara juga telah mengenakan pembayaran ke atas beg plastik. 

Selatan Australia contohnya telah mengumumkan larangan pengunaan beg plastik. 

Hong Kong pula telah mengenakan bayaran HKD 50sen (lebih kurang RM0.25) untuk setiap beg plastik. 

Manakala negara China telah melaksanakan Akta Pengehadan Penggunaan Beg Plastik. 

Satu kajian tentang kesan selepas setahun pelaksanaannya telah mendapati ia telah menjimatkan 1.6 juta tan petroleum.

No comments:

Post a Comment