Saturday, 5 May 2012

Bahaya bahan kimia Dalam pembungkus plastik

Plastik yang dijadikan bahan pembungkus diperbuat daripada pelbagai bahan kimia seperti polietilina, polietilina terefatalat, propilina dan polivinil klorida. 

Selain itu, sejenis bahan pelembut (plasticizers) turut dimasukkan bagi membolehkan plastik yang hasilkan untuk pembungkusan ini bertekstur licin dan mudah dilentur atau dibentuk dalam pelbagai bentuk yang menarik

 Masalah hanya timbul jika plastik pembungkus itu diperbuat daripada PVC. Plastik pembungkus jenis ini didapati mengeluarkan bahan pelembut DEHA ke dalam makanan.

Daripada data kajian yang dijalankan terhadap haiwan, DEHA berupaya merosakkan sistem peranakan dan menghasilkan janin yang cacat, selain mengakibatkan kanser hati walaupun perkara yang sama tidak ditemui pada tikus


BERIKUT ADALAH cara untuk memastikan plastik itu daripada jenis PVC atau tidak, adalah dengan melihat di bawah bekas plastik yang biasanya mempunyai beberapa tanda tulisan seperti berikut:

  • EVA kopolimer etilina vinilaserat
  • HDPE polietilina ketumpatan tinggi
  • PE polietilina
  • PET polietilina terefatalat
  • PP polipropilina
  • p-PVC polivinil klorida yang dirawat dengan bahan pelembut

No comments:

Post a Comment