Tuesday, 15 May 2012

Berjayakah Hari Tanpa Beg Plastik

Mulai Januari 2010, Kerajaan Selangor telah melaksanakan satu kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” setiap sabtu.

Tujuan kempen adalah bagi mengalakkan budaya kitar-semula dan mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastik sekaligus mengurangkan pencemaran putih atau white pollution.

Kempen dah cantik. Kita berusaha bersama menjaga alam sekitar. Tetapi betul ke kempen ini dilaksanakan sepenuh jayanya?

Awal tahun, saya pun beli “beg hijau kaler biru” - the big green bag untuk sama menyokong kempen demi kesejahteraan generasi akan datang.

Sejak hari tersebut, saya tidak lagi menggunakan beg plastik setiap kali membeli belah tak kira hari Sabtu atau hari Rabu. Saya berkemampuan untuk mengelak diri dari menambah bahan toksin di dalam bumi kita.

Sabtu lepas saya ke Tesco dengan ‘beg hijau kaler biru” seperti biasa. Agak hairan kerana melihat pengunjung menyorong troli dengan barang-barang di dalam beg plastik.

Kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” dah tamat ke? Bumi dah kembali hijau –

Waktu di kaunter bayaran, juruwang Tesco keluarkan beg plastik untuk mengisi barang-barang saya. Saya tak nak beg plastik sebab saya dah bawa ‘beg hijau kaler biru’ dan saya sedang menjalankan satu kempen hebat peringkat negeri.

” Tak pe kak, tak kena bayar”

“kenapa ?

“Tahun Baru Cina”

“Adik , kakak berkempen bukan ikut musim. Kesedaran tentang alam sekitar bukan hanya pada hari Sabtu atau pada sekian-sekian hari. Kesedaran kakak bukan berharga 20 sen.”

Dari 8 kaunter pembayaran Tesco yang dibuka waktu itu, hanya ada 2 pelanggan yang tidak mengambil beg plastik termasuk saya.

Jadi kalau cuaca sekarang ni panas terik, rasa macam nak rentung…toksah dok gatai mulut nak merungut…. semua tu balik pada diri sendiri. Tak payah penat-penat nak ambil tau pasal global warming, rumah kaca ( tapi kawan kat London panggil Green House) kalau hanya untuk hafalan di dewan peperiksaan.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul

No comments:

Post a Comment