Tahun lepas, 6 kumpulan pasaraya terbesar di Pulau Pinang telah 
mengagihkan 25.2 juta plastik sebulan atau secara purata sebanyak 2.1 
juta sebulan.
 
 Sebagai usaha untuk mentransformasikan Pulau 
Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa yang lebih bersih, cerah dan
 hijau pelbagai usaha telah dijalankan termasuk bergerak sehaluan dengan
 42 buah negara atau bandaraya lain seluruh dunia dengan menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik. 
 
 Sejak Pelancaran Program 'Hari Tanpa Beg Plastik' yang diadakan setiap 
Hari Isnin mulai 6hb Julai 2009 di pasaraya-pasaraya telah membolehkan 
Negeri Pulau Pinang berjimat lebih daripada 1 juta* beg plastik dalam 
masa 4 bulan.
 
  Peniaga-peniaga hyper/supermarts, departmental 
stores, farmasi, fast food restaurants, Nasi Kandar chain stores, petrol
 kiosk stores dan convenience stores diwajibkan mengikuti peraturan yang
 ditetapkan oleh kerajaan tempatan dalam pembaharuan lesen.
 
  
  2008, Enam kumpulan pasaraya utama di Negeri Pulau Pinang telah 
mengedar sejumlah 25.2 juta beg plastik setahun (atau 2.5 juta beg 
plastik sebulan). 
  
 Setiap rakyat Negeri Pulau Pinang dianggarkan menghasilkan sebanyak 1kg sampah sarap  setiap hari.
 
  Pada tahun 2007,  MPPP dan MPSP  telah membelanjakan kira-kira RM57.6 juta  untuk pelupusan sisa pepejal.
 
  Hampir 30 peratus daripada hasil yang diperolehi PBT terpaksa digunakan hanya untuk melupuskan sampah sarap.
  
 Nasihat daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang:
 
 (1) Sediakan Beg Membeli-belah, Kurangkan Beg Plastik  
 
 (2) Jom, pisahkan sampah! Amalkan 3R: Kurangkan sampah(Reduce), Guna semula(Reuse) dan Kitar semula(Recycle).
 *Data yang diberikan oleh 45 pasaraya dan peserta “Hari Tanpa Beg Plastik” . 
 
 -Bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik pada "Hari Tanpa Beg Plastik" akan dimasukkan ke dalam Tabung Rakan Anti Kemiskinan.
 
No comments:
Post a Comment