KOTA KINABALU 31 Dis. - Dewan Bandaraya Kota 
Kinabalu  mengadakan Hari Tanpa Beg Plastik selama tiga hari setiap 
minggu iaitu pada Isnin, Sabtu dan Ahad bermula esok, 1 Januari 2011.
Ketua Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai berkata, ia merupakan 
kesinambungan daripada kempen Hari Isnin Tanpa Beg Plastik yang telah 
dilaksanakan DBKK dan Pusat Tindakan Alam Sekitar Sabah (EAC) sejak 7 
Jun lalu.
"Pertambahan hari tanpa beg plastik kepada tiga hari seminggu 
merupakan komitmen jangka panjang DBKK kepada pemuliharaan alam sekitar 
dengan mengurangkan penggunaan beg plastik di bandar raya Kota 
Kinabalu," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Boon Hai berkata, langkah itu sebagai menyokong usaha Kementerian 
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang melancarkan 
hari Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg Plastik bagi seluruh Sabah mulai 1 
Januari ini.
Beliau berkata, setakat ini, sejumlah 219 pasar raya, kedai farmasi 
dan kedai makanan menyertai Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap Isnin.
pelanggan mempunyai pilihan untuk membawa 
beg atau beg plastik yang digunakan masing-masing atau membayar 20 sen 
untuk setiap helai beg plastik baru.
 hasil jualan setiap beg plastik akan dimasukkan ke dalam tabung EAC untuk tujuan projek alam sekitar.
 
No comments:
Post a Comment